Merupakan Pusat bertauliah di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia bagi Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM) dan Persijilan Profesional.
VETA telah mengorak langkah ke arah kepelbagaian latihan kemahiran melalui pendekatan holistik yang menjurus kepada pendapatan yang tinggi.
VETA juga telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan beberapa syarikat gergasi di Malaysia dalam melahirkan kerjasama bersama pihak industri seperti Honda Malaysia, Malaysia Marine & Heavy Engineering (MMHE), FMC Technologies dan sebagainya.
Memiliki penyertaan daripada ahli akademik dan pakar-pakar industri, VETA mempunyai strategi tersendiri dalam menghasilkan personel profesional yang bukan hanya berilmu pengetahuan dan kompeten, tetapi juga mampu berdaya-saing di industri dan membentuk nilai KEBOLEHPEKERJAAN DENGAN PENDAPATAN TINGGI.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan